Soalan: Assalamualaikum budin nak tanya sikit. Kalau si mati ade puasa
ganti yg belum diganti apa yg perlu keluarga si mati buat ye? Syukran
- Yasmin Lathif, rakan sekolah SMAKJ.
Jawapan: Waalaikumusalam. Sunat
bagi kaum kerabatnya menggantikan puasa baginya.
❶ Aisyah meriwayatkan
bahawa Nabi SAW bersabda:
«مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ»
"Sesiapa yang meninggal dunia sedangkan dia
masih ada tanggunggan puasa (puasa wajib seperti puasa Ramadhan, Nazar, dan
Kaffarah), maka hendaklah walinya berpuasa untuknya."
(HR al-Bukhari dalam kitab as-Saum: 1952)
❷ Syeikh Fuad `Abdul bagi dalam ulasan Sahih
al-Bukhari menyebutkan maksud wali dalam hadis ini
ialah kaum kerabatnya sekalipun bukan daripada ahli waris. Jadi, kaum
kerabatnya disunatkan untuk berpuasa ganti buat si mati sekiranya dia mati
sebelum sempat menyelesaikan tanggungjawab puasanya.
❸ Imam Ibnu Uthaimin dalam Fatawa `Ala Darbi
pula menyebutkan bahawa kaum kerabat boleh saling bantu membantu berpuasa
sekiranya si mati mempunyai banyak tanggungan puasa.
Sebagai contoh, jika si mati ada 5 hari puasa ganti,
maka 2 hari diambil oleh ibu saudara, 2 hari diambil oleh anak lelaki, dan 1
hari lagi diambil oleh bapa tiri.
Wallahua`lam.