Soalan: Salam ustaz. Saya ada sedikit pertanyaan.
Kita semua maklum tahu bahawa ianya adalah haram bg umat islam menyambut krismas. Tapi adakah faktor lain seperti tanggungjawab sebagai jiran atau rakan sekerja juga diambil kira dlm isu ni. Sebagai contoh, jika kita mmpunyai rakan2 sekerja berbangsa cina dan mereka ingin mengadakn sesi bertukar2 hadiah sempena krismas, untuk suka2, tiada sebarang upacara ritual atau nyanyian2 krismas, adakah ianya dibenarkan? Kerana kita juga di waktu lain turut menyertai cara2 seumpama ini sewaktu jamuan akhit tahun dsb. Dan saya kira mereka juga sedar akan umat islam yang sensitif dgn isu2 seperti ini, jadi mereka telah menukar nama event kepada year end celebration instead of krismas kerana mereka ingin semua org turut serta.
Jadi adakah kita blh turut serta? Ianya hanyalah acara kecil melibatkan 20 org, dan diadakan skadar suka2 di waktu rehat.
Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan: Wa`alaikumusalam Cik Puan yang dicintai Allah,
< Soalan ini mengandungi 4 soalan:
❶ Hukum mengadakan majlis khas pada hari Krismas yang tidak ada unsur
keagamaan, tetapi sekadar bertukar hadiah sahaja.
Jawapan: Sekiranya
suatu majlis diadakan kerana KEBETULAN ia adalah pada hari Krismas, maka
ia tidak menjadi masalah.
Tetapi
menjadi masalah apabila SENGAJA mengadakan majlis pada hari tersebut kerana
mahu menghalalkan sambutan Krismas sedangkan ia boleh dibuat pada hari lain.
★ Boleh
bertukar-tukar hadiah atau melakukan sesuatu aktiviti yang tidak membawa maksud
meraikan Krismas tetapi meraikan majlis yang harus.
❷ Adakah majlis tersebut sama seperti majlis jamuan akhir tahun?
Jawapan: Majlis yang dibuat secara SENGAJA pada hari Krismas kerana mahu
menyambutnya tidak sama dengan majlis lain pada hari lain.
❸Adakah dengan menukar nama majlis kepada “Year End Celebration” boleh
menjadikan majlis tersebut halal?
Jawapan: Menukar nama program tidak menyebabkan perubahan hukum sekiranya
hakikatnya jelas bertentangan dengan hukum. Seperti memberi rasuah dengan kata
bahawa ia adalah hadiah.
❹ Bolehkah meraikan sahabat-sahabat Kristian pada hari raya Krismas atas
tanggungjawab kejiranan, rakan sekerja, atau sebagainya.
Jawapan: Boleh meraikan mereka tetapi tidak boleh menyambut perayaan mereka.
Meraikan dengan maksud menerima jemputan mereka, mengucapkan ucapan yang
menggembirakan mereka dan sebagainya. Tidak boleh memakai pakaian seperti mereka,
atau bernyanyi-nyanyi lagu Krismas, dan sebagainya yang berunsur perayaan.
||►FAKTA◄||
► Isu utama; Merayakan Krismas dengan cara dan kebiasaan
orang Kristian adalah Haram. Kerana Krismas adalah perayaan ibadah bagi orang
Kristian. Haram juga memakai pakaian berunsur perayaan tersebut, perhiasan di
rumah, kedai atau pejabat serta kad-kad ucapan meraikannya.
► Islam tidak menghalang orang Kristian atau
agama lain untuk merayakan Krismas atau perayaan mereka, tetapi Islam melarang
umat Islam merayakannya. Islam sentiasa menghormati agama lain dalam cara
mereka beribadah dan bergembira.
► Jika perlu hadir ke dalam upacara perayaan
Krismas atau agama-agama lain, maka hadir hanya dengan tujuan menghormati
jemputan. Setelah selesai tujuan asal, maka pulanglah dengan penuh hormat.
< Perayaan mempunyai dua maksud;
Pertama: Unsur keagamaan,
Kedua: Unsur adat.
Unsur keagamaan► Dilakukan kerana mahu mendekatkan diri kepada Allah,
maka ia hendaklah bersandar kepada dalil. Kerana ia adalah Ibadah.
Perayaan Ibadah dalam Islam hanya ada 3 waktu sahaja. Dua kali setiap tahun
iaitu pada hari raya Puasa dan hari raya Korban. Dan perhimpunan mingguan pada
hari Jumaat.
Selain daripada 3 hari raya ini, tidak ada lagi perayaan berunsur agama. Maka
sebahagian ulama mengharamkan perayaan menyambut kelahiran dan kematian
Rasulullah, sahabat dan para ulama yang berunsurkan ibadah dengan tatacara
amalan tertentu.
◄Dalil► Anas bin Malik berkata:
قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا، فَقَالَ: مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ؟ قَالُوا: كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا: يَوْمَ الْأَضْحَى، وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Ketika Nabi SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah memiliki dua hari raya
untuk bersenang-senang dan bermain-main di masa jahiliyah. Maka beliau bertanya,
“Apakah dua hari ini?” Mereka menjawab, “ Ia adalah dua hari yang kami
bermain-main (bersuka ria) padanya sejak Jahiliah lagi.” Lalu Rasulullah
bersabda: “Allah telah mengganti kedua-duanya dengan yang lebih baik bagi
kalian, iaitu hari raya Adha dan hari raya Fitri.”
(HR Abu Daud: 1134, Sahih menurut Syeikh Syu`aib al-Arnouth)
Unsur adat ► Islam menegaskan bahawa adat hendaklah dipandu dengan
Islam. Adat yang baik diikuti, manakala adat yang buruk dijauhi.
Antara adat yang buruk adalah mengikut atau menyerupai kaum lain. Bahkan
lebih buruk lagi apabila adat itu bersumber daripada ajaran agama lain.
◄Dalil► Ibnu Abbas menyatakan bahawa Rasulullah SAW berkata:
أَبْغَضُ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ ثَلاَثَةٌ مُلْحِدٌ فِى الْحَرَمِ ، وَمُبْتَغٍ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ ، وَمُطَّلِبُ دَمِ امْرِئٍ بِغَيْرِ حَقٍّ لِيُهَرِيقَ دَمَهُ
“Manusia yang dibenci oleh Allah ada tiga: (1) seseorang yang berbuat
kerusakan di tanah haram, (2) melakukan ajaran Jahiliyah dalam Islam, dan (3)
ingin menumpahkan darah orang lain tanpa jalan yang benar.”
(HR. Al-Bukhari no. 6882, Sahih)
Allah
lebih tahu.