Ø Pendahuluan Isu :
Terdapat
aduan dari kalangan orang bukan Islam di Pulau Pinang pada bulan Ogos 2011 yang
mendakwa laungan al-Quran sebelum azan Subuh menggangu orang tidur terutamanya
bayi dan orang sakit.
Pada bulan April 2014 pula, tersebar
satu pesanan ringkas di Facebook yang mendakwa laungan selain azan di corong
masjid dan surau sebelum azan subuh telah menggangu anak-anak kecil yang sedang
tidur.
Justeru itu, isu ini diselidik.
Ø Kesimpulan Kajian :
1-
Adalah tidak wajar, atas alasan agama menggunakan pembesar suara untuk
memasang alunan bacaan selain azan sehingga mengganggu ketenteraman dan
ketenangan orang ramai.
2-
Umat Islam tidak boleh menghalang azan dikumandangkan di corong
masjid atau surau jika ia dikumandangkan pada waktunya.
Ø Keputusan Fatwa dirujuk :
1-
Fatwa
Negara Mesir (Darul Ifta`) bertarikh 19 Julai 2007
2-
Fatwa
al-Lujnah ad-Daimah Arab Saudi bernombor 9908, Jilid kedua.
3-
Fatwa
Majlis Fatwa al-A’la Negara Arab Saudi bertarikh 25 Mac 2007
4-
Fatwa
Negeri Pulau Pinang bertarikh 7 April 2011
Nota : Semua
rujukan fatwa yang dirujuk di atas menunjukkan kesimpulan yang sama.
Ø Metodologi Kajian :
Dalam membuat kajian ini, saya
menjadikan beberapa isu sebagai kayu ukur.
1-
Isu yang
dibangkitkan ialah isu memasang sesuatu bacaan atau suara di corong pembesar
suara masjid atau surau sebelum azan. Jadi, ia turut merangkumi laungan
bacaan al-Quran, bacaan hadis, ceramah peringatan, siaran rakaman, bacaan
tahrim subuh, zikir dan seumpamanya.
2-
Pandangan
yang saya bawakan dalam kajian diwajibkan mempunyai rujukan yang sahih
terutamanya ayat al-Quran, hadis, dan pendapat para ulama moden dan silam.
3-
Kajian
ini mengambil kira isu umat Islam di Malaysia yang hidup bersama-sama dengan
masyarakat bukan Islam dalam satu negara. Pada pandangan saya, setiap rakyat di
Malaysia termasuk yang bukan Islam mempunyai hak yang sama rata sebagai
warganagera dengan umat Islam. (Bukan Islam) mereka dibenarkan untuk
menyampaikan pendapat tentang agama Islam selagimana mereka mampu memberi ruang
kepada umat Islam memberi penjelasan.
Fakta 1 : Hadis Nabi Melarang Menggangu Orang Dengan Bacaan
al-Quran
Saya melihat hadis yang kuat menyokong
sebarang kesimpulan dalam isu ini ialah hadis riwayat Abu Daud di bawah,
اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله
عليه وسلم- فِى الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ
السِّتْرَ وَقَالَ : « أَلاَ إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلاَ يُؤْذِيَنَّ
بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلاَ يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِى الْقِرَاءَةِ »
Ketika
Nabi s.a.w beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka
mengangkat suara bacaan (al-Quran). Lalu baginda mengangkat langsir dan
berkata: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian
kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat
suara bacaan melebihi yang lain”
Menurut
Syeikh Syu’aib al-Arnauth, hadis ini Sahih.
Memahami Hadis :
Dalam hadis di atas, terdapat larangan yang jelas daripada menguatkan bacaan
al-Quran di dalam masjid apabila menggangu orang di dalam masjid.
Isu ini jelas kepada kita, apabila bacaan
al-Quran di dalam masjid secara kuat menggangu orang yang beribadah di dalam
masjid dilarang, maka menggangu orang yang di luar masjid adalah lebih utama
untuk dilarang.
Islam
adalah agama toleransi, adil, penuh adab dan kasih sayang. Ia adalah satu-satunya
agama yang diiktiraf sebagai benar oleh Allah swt. Agama ini tidak pernah
memaksa siapapun untuk memeluknya. Ia memberi kebebasan untuk semua orang
memilihnya sebagai pegangan hidup.
Allah menyatakan hal ini dalam surah
al-Kahfi, ayat 29,
"Katakanlah,
“Kebenaran ialah sesuatu yang datang daripada tuhan kamu, sesiapa yang mahu
beriman, maka berimanlah! Sesiapa yang mahu menjadi kafir, maka jadilah dia
orang yang ingkar!.."
Setelah
agama Islam memberi ruang yang besar kepada manusia membuat pilihan dalam
beragama, maka tibalah saat umat Islam untuk berdakwah dengan penuh disiplin
dan beradab. Umat Islam hendaklah menyebarkan slogan-slogan Islam dengan jalan
yang betul dan sesuai.
Umat
Islam tidak boleh menjadi fitnah dalam masyarakat sehingga mereka menjadi
benteng yang menghalang daripada orang mendapat penjelasan tentang hakikat
Islam yang sebenar.
Umat
Islam ditegah dari memaksa-maksa orang lain sehingga menggangu kehidupan di
rumah dan tempat kerja mereka. Apatah lagi gangguan itu menyebabkan
terganggunya masa rehat dan berhibur.
Gangguan
terhadap bukan Islam tidak dibenarkan, apatah lagi gangguan terhadap orang
Islam yang mempunyai kedudukan khusus berdasarkan perintah Allah dalam surah
al-Ahzab, ayat 58,
"Orang-orang
yang menyakiti lelaki dan perempuan yang beriman sedangkan mereka tidak
bersalah maka orang-orang itu telah menanggung kesalahan berbohong serta dosa
yang amat jelas."
Rasululah
saw juga mengingatkan bahawa umat Islam hendaklah memberikan hak kepada umat
Islam yang lain dalam kata-katanya,
الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ
لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Orang
Islam ialah orang Islam yang lain merasa selamat dari gangguan lidah dan
tangannya.
(Direkod
oleh Muslim, 171)
Dalam
kitab Tafsir al-Quran al-‘Adzhim oleh Imam at-Tabrani menyebutkan
kata-kata Imam Qatadah bin Da’amah as-Sadusi[2] :
“Waspalah
kamu dari menyakiti orang-orang yang beriman, kerana Allah murka terhadap orang
jenis itu dan akan menyakiti sesiapa yang menyakiti orang yang beriman.”[3]
Oleh itu kekacauan seperti memperdengarkan
ceramah agama dan bacaan-bacaan ayat al-Quran tanpa memperhatikan keadaan
masyarakat sekitar, sehingga mengganggu ketenangan dan waktu istirehat mereka,
serta menggangu fokus mereka yang sedang bekerja adalah dilarang.
Dakwah hendaklah disesuaikan dengan
waktu, kemampuan dan kesediaan setiap orang. Justeru tidak sepatutnya seorang
muslim menggunakan pembesar suara masjid untuk mengganggu ketenangan
masyarakat, baik di waktu malam mahupun siang. Sekalipun niatnya adalah untuk
memberi nasihat dan melihat pentingnya isi ceramh yang mahu disampaikan.
Fakta 3 : Nabi Menghormati Waktu dan
Keadaan Orang Lain
Waktu
malam adalah waktu rehat untuk setiap orang. Waktu ini tidak boleh diganggu dan
dikacau oleh sesiapapun sekalipun dia ialah seorang pendakwah dan berniat baik.
Dalam kehidupan dakwah Nabi saw, baginda
sentiasa menjaga perasaan dan waktu rehat orang yang baginda mahu dakwah. Dalam
pelbagai hadis, kita dapati Rasulullah sangat prihatin dalam isu ini.
Pada
suatu hari Rasulullah bercerita,
إِنِّي لأَدْخُلُ فِي الصَّلاَةِ فَأُرِيدُ
إِطَالَتَهَا فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ فَأَتَجَوَّزُ مِمَّا أَعْلَمُ مِنْ شِدَّةِ
وَجْدِ أُمِّهِ مِنْ بُكَائِهِ.
Aku
bersolat lalu aku berkeinginan untuk memanjangkan solat tersebut. Tiba-tiba aku
terdengar suara tangisan bayi lalu aku meringankan solatku kerana aku
mengetahui betapa besarnya kesedihan ibu anak itu kerana tangisan anaknya.
(Direkod
oleh al-Bukhari: 710)
Rasulullah saw sangat prihatin dengan isu
orang lain. Sekalipun memanjangkan solat dengan bacaan ayat al-Quran yang kuat
tidak salah, tetapi menggangu orang lain adalah satu kesalahan. Niat yang baik
tidak menghalalkan semua perbuatan.
Satu
peristiwa yang pernah diceritakan oleh Jabir bin Abdullah juga mampu
menjelaskan kepada kita bahawa Islam sangat prihatin terhadap masa dan keadaan
orang lain sekalipun dalam amal ibadat.
Jabir bercerita,
“Mu’adz
bin Jabal sering solat bersama Rasulullah, kemudian pada suatu hari dia solat
bersama kaumnya dan menjadi imam mereka. Lalu dalam solat itu Mu’adz membaca
surah al-Baqarah. Seorang lelaki telah keluar dari solat berjemaah itu lalu
solat dengan ringan. Isu tersebut telah sampai kepada Mu’adz lantas dia berkata
‘Sesungguhnya lelaki itu telah menjadi munafik.’
Cerita tentang kata-kata Mu’adz itu
telah sampai kepada lelaki berkenaan. Dia pun pergi bertemu Nabi saw dan
mengadu, "Wahai
Rasulullah, sesungguhnya kami adalah kaum yang memiliki pekerjaan untuk
menyiram ladang, sementara semalam Muaz solat mengimami kami dengan membaca
surat al Baqarah, hingga aku keluar dari shaf, lalu dia menyangka aku seorang
munafik." Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai Muaz, apakah kamu
hendak membuat fitnah?" -Baginda mengucapkannya hingga tiga kali- “bacalah
Was syamsi wadluhaaha dan wasabbih bismirabbikal a'la atau yang serupa
dengannya."
(Direkod
oleh al-Bukhari: 6106)
Dalam
hadis yang lain, keprihatinan Islam itu nampak lebih jelas. Abu Mas’ud
al-Ansari bercerita,
قَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللهِ
لاَ أَكَادُ أُدْرِكُ الصَّلاَةَ مِمَّا يُطَوِّلُ بِنَا فُلاَنٌ فَمَا رَأَيْتُ
النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فِي مَوْعِظَةٍ أَشَدَّ غَضَبًا مِنْ يَوْمِئِذٍ
فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّكُمْ مُنَفِّرُونَ فَمَنْ صَلَّى بِالنَّاسِ
فَلْيُخَفِّفْ فَإِنَّ فِيهِمُ الْمَرِيضَ وَالضَّعِيفَ
وَذَا الْحَاجَةِ
Seorang
lelaki pernah mengadu kepada Nabi saw, "Wahai Rasulullah, aku hampir tidak sanggup solat yang
dipimpin seseorang dengan bacaannya yang panjang."
Sewaktu itu itu aku (Abu Mas’ud) belum pernah melihat Nabi saw
memberi peringatan dengan lebih marah dari yang disampaikannya pada hari berkenaan.
Rasulullah berkata: "Wahai manusia, kalian membuat orang
lari menjauh. Maka barangsiapa solat mengimami orang lain maka ringankanlah.
Kerana di antara mereka ada orang sakit, orang lemah dan orang yang ada
keperluan"
(Direkod oleh al-Bukhari: 90)
Fakta 4 : Menambah Sesuatu Sebelum Azan Tiada Asal Usulnya
Majlis Fatwa Palestin mewartakan,
“Penambahan sesuatu bacaan sebelum azan seperti zikir-zikir dan
bacaan al-Quran adalah satu penambahan kepada azan. Sedangkan azan ialah satu
ibadah yang tidak boleh menerima sebarang penambahan atau pengurangan
(Tauqifiyah). Justeru itu tidak boleh menambah terhadap azan atau sekadar
menambah untuk memberi peringatan tentang azan yang akan dikumandangkan.
Rasulullah berkata, ‘Sesiapa yang menambah sesuatu ibadah dalam urusan agama
kita sedangkan ia tidak ada maka ia tertolak’[4]”[5]
Nota : Kenyataan fatwa itu dikuatkan apabila tiada dalil yang
menunjukkan bolehnya menambah bacaan-bacaan atau zikir sebelum azan
dikumandangkan melainkan azan pertama sebelum subuh.
Pandangan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Pada isu ini, Dr. Mohd Asri[6] menyimpulkan beberapa
perkara,
1.
Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat
suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita
menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang
oleh Nabi s.a.w. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara
melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.
2. Walaupun
bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang
lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau
ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil
yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau
bukan muslim dan lain-lain.
3.
Ramai orang bukan muslim keliru antara
azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar
suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam,
lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan
itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima
minit.
Pendapat Syeikh Ibnu ‘Uthaimin Tentang Membuka Pembesar Suara Luar
Masjid Ketika Solat
Ketika menjelaskan isi kandungan Riyadhus Sholihin pada “Bab Sunat
Datang Solat dan Majlis Ilmu Dengan Tenang”, Syeikh berkata,
“Sesuatu yang sangat dibimbangi mendapat dosa
ialah apa yang kita lihat dilakukan oleh sebahagian orang yang melakukan hal
ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid) atas
menara.
Perbuatan
ini telah mengelirukan orang yang berada disekeliling masjid. Tidak kiralah
ketika solat malam atau solat siang. Mereka
itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka
berdosa..tiada syak lagi meninggalkan perbuatan ini lebih afdal yang pada
hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di
luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid..dengan itu kita
berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan
hal ini..Boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat,
boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid
dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan
bunyi pembesar suara. Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang
sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara
yang tiada faedah baginya”.[7]
Ini adalah Tipu Daya Iblis!
“Antara tipu daya Iblis ialah
mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Perkara ini telah dimakruhkan oleh Malik bin
Anas[9]
dan lain-lain dengan makruh yang sangat keras. Kerana ia telah mengeluarkan
azan dari tempat yang mulia kepada penyerupaan dengan muzik.
Sebahagian
mereka mencampur adukkan azan subuh dengan zikir, tasbih, dan ceramah. Mereka
jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang
ditambah kepada azan.
Banyak
aku lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat
atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara
yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang
bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar.”
Ø
Penutup
Islam
adalah agama yang releven untuk setiap zaman dan setiap orang. Justeru itu,
mengembalikan Islam kepada wajahnya yang asal merupakan satu tugas yang berat
yang wajib dipikul oleh setiap umat Islam.
Semoga
Allah menerima amalan saya dan memberkati hidup saya dan keluarga.
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَسَلَّمَ
WallahuA’lam.
[2] Qatadah adalah seorang pakar dari kalangan penduduk Basrah di Iraq.
Dilahirkan pada tahun 60 H. Beliau adalah seorang lelaki yang buta dalam
generasi Tabiin. Dia akan menghafal
setiap perkataan yang dia dengar. Dia meninggal pada pertengahan tahun 118H dalam
usia 56 tahun.
[3] Tafsir
surah al-Ahzab, ayat 58.
[4] Direkod
oleh al-Bukhari, 2697
[6] Artikel
bertajuk “Saya Menyokong Keputusan S.S Mufti Pulau Pinang” – drmaza.com
[7] M/s 97-98
Syarah Riyadhus Solehin, Jilid 4, Madarul Wathan, 1426H.
[8] Rujuk Kitab
Talbisul Iblis, Tahqiq Ahmad bin ‘Uthman. Darul Wathan. 1423 H.
[9] Rujuk
Mudawan Kubra 158, Mawahibul Jalil 437, az-Zakhirah 47, Syarah Muntaha Iradat
130, dan al-Majmu’ Jilid 3 m/s 118.
0 Comments
Post a Comment