Abu Dzar
bercerita, “Antara aku dan seorang lelaki telah berlaku satu pertengkaran
mulut. Ibu lelaki itu adalah seorang wanita bukan Arab. Aku mendapat cercaan
darinya, lalu aku mengadu kepada Rasulullah saw.
Rasulullah
bertanya kepadaku, “Adakah kamu mencerca si Fulan?”
Aku
menjawab, “Ya.”
Rasulullah
bertanya lagi, “Adakah engkau mendapat cercaan dari ibunya?”
Aku
menjawab, “Ya.”
Rasulullah
berkata, “Sesungguhnya engkau adalah seorang yang masih terdapat nilai-nilai
Jahiliyyah.”
Aku
bertanya, “Apakah aku masih ada nilai-nilai tersebut pada umur ini (tua)?
Adakah ini dikira sebagai dosa besar?”
Lantas
Rasulullah menjawab, “Benar. Sesungguhnya mereka adalah saudaramu. Allah
menjadikan mereka berada dibawah kekuasaan kamu. Maka siapa sahaja yang Alla
tetapkan saudaranya berda dalam kekuasaannya, hendaklah dia memberinya makan
sebagaimana dirinya makan. Dan memberinya pakaian sebagaimana pakaian yang dia
pakai. Tidak dibolehkan memberinya pekerjaan yang dia tidak mampu lakukan. Dan jika
kamu mahu memberi dia tugas yang diluar kemampuannya, hendaklah kamu
membantunya.”
[Direkod
oleh al-Bukhari, 6050. Sahih]
Fakta ►
❶ Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Bari menjelaskan bahawa lelaki yang
bertengkar dengan Abu Dzar ialah Bilal bin Rabbah, al-Muazzin. Ruj. Fathul
Bari, Jil 10, m/s : 468
❷ Mencerca sesama Muslim tidak dibenarkan.
Mencerca bukan Muslim juga tidak dibenarkan. Hubungan asas antara Muslim dan
Non-Muslim ialah dakwah dan akhlak baik.
0 Comments
Post a Comment