[ Perbincangan Ilmiah ]
❶ Nabi larang minum berdiri :
Rasulullah pernah berkata “Janganlah kamu minum dengan berdiri.
Jika sesiapa lupa, hendaklah dia memuntahkannya.”
[Direkod oleh Muslim, 5398]
❷Rasulullah minum berdiri :
Ibnu Abbas bercerita, ‘Aku memberi Rasulullah minum air
zam-zam, lalu baginda minum dengan berdiri.”
[Direkod oleh al-Bukhari, 1637. Muslim, 5399]
❸ Ali minum berdiri :
Direkod bahawa Ali pergi ke pintu Rahbah lalu minum dengan
berdiri. Lantas dia berkata, “Sesungguhnya banyak orang yang tidak suka minum
berdiri, sedangkan aku melihat Nabi melakukan sepertimana yang kamu lihat aku
buat.”
[Direkod oleh al-Bukhari, 5615]
❹Para sahabat makan berjalan dan minum berdiri :
Ibnu Umar bercerita, “Ketika zaman Nabi saw, kami makan
sambil berjalan. Kami minum sambil berdiri.”
[Direkod oleh at-Tirmizi, 1880. Hasan Gharib]
❺ Kesimpulan Imam an-Nawawi,
“Hadis-hadis ini tidak ada kemusykilan, tidak juga lemah. Bahkan
semuanya berpangkat Sahih. Yang benar adalah, larangan dalam hadis itu membawa
kepada Makruh al-Tanziyyah. Manakala perbuatan Nabi saw yang minum sambil
berdiri menjelaskan keharusan perbuatan tersebut…”
[Ruj. Syarah Sahih Muslim, Jil. 7, m/s 62]
[ Fakta ]
▪ Makruh at-Tanziyyah ialah suatu perbuatan yang diharuskan,
tetapi mendahulukan perbuatan yang lebih baik dari itu adalah lebih utama.
0 Comments
Post a Comment