1.
Realiti zaman ini,
Dalam dunia tanpa sempadan ini, lelaki dan wanita sangat
mudah bertemu. Samada bertemu secara berdepan mahupun di alam maya. Bahkan
pertemuan ini pula bukan atas sebab-sebab yang mendesak, tetapi sekadar
suka-suka. Mereka mula bercinta dan menyampaikan kata-kata rindu tanpa sebarang
had dan sekatan. Ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat.
Lelaki
dan wanita muda sudah terbiasa dengan hubungan. Sesiapa yang belum mempunyai
teman lelaki atau wanita dianggap kolot dan tidak mengikut zaman. Seolah-olahnya
orang yang tidak mempunyai teman wanita atau lelaki sudah berpenyakit.
Isu ini juga berkait rapat terhadap ibu bapa yang
mempunyai anak dan membiarkan anak mereka bersosial dengan sesuka hati.
Sehingga anak mereka dibenarkan untuk mempunyai teman wanita dan teman lelaki. Bahkan
ada ibu bapa yang membiayai hubungan tersebut dengan bantuan kad kredit, kredit
telefon, dan perkakas elektronik seperti tablet dan telefon.
Lebih
menyedihkan apabila ada diantara ibu bapa yang membiarkan anak wanita mereka bersama-sama
dengan teman lelakinya di dalam bilik tidur tanpa sebarang pengawasan.
Isu ini menjadikan umat Islam tidak peka dengan hubungan
antara jantina sehingga berleluasa isu zina dan anak zina. Rasulullah saw
pernah berkata,
إِذَا ظَهَرَ الزِّنَا وَالرِّبَا
فِي قَرْيَةٍ، فَقَدْ أَحَلُّوا بِأَنْفُسِهِمْ عَذَابَ اللَّهِ
Apabila
menjadi jelas masalah zina dan riba dalam satu kawasan, maka mereka telah
memohon halalnya azab Allah kepada mereka.
[Direkod oleh al-Hakim, 2261. Sahih]
Kos
perkahwinan yang tinggi juga menyebabkan zina berleluasa. Kerana melakukan zina
cukup mudah, manakala berkahwin pula cukup susah.
Rangsangan
media dari pelbagai sudut seolah-olah berkempen kepada zina dengan menayangkan
wanita-wanita berpakaian seksi dan mengghairahkan. Video lucah dapat disaksikan
cukup mudah hanya dengan menekan satu butang komputer sahaja.
Ibu
bapa yang tidak lagi mahu bertanggungjawab mendidik anak sehingga memberikan
tanggungjawab itu kepada pembantu rumah atau guru secara sepenuh masa. Menyebabkan
anak-anak tidak dapat hidup dalam suasana yang sebetulnya. Sehingga mereka
mencari jalan lain untuk berhibur, iaitu dengan memulakan hubungan sosial tanpa
sempadan dengan rakan yang dikenali.
Justeru, umat Islam memerlukan fatwa dan bantuan agama
bagi menyelesaikan isu yang semakin merosakkan kehidupan mereka. Apabila ia
tidak diselesaikan, maka masyarakat akan hancur, negara akan musnah, dan
kehidupan manusia terumbang ambing.
2.
Nikah “Friend” satu penyelesaian,
Bagi mengelakkan ibu bapa menerima cucu yang dilahirkan
di dalam bilik anak perempuannya sedangkan mereka tidak tahu siapakah bapa
kepada cucu mereka itu, maka dicadangkan nikah “friend”.
Pernikahan
ini menolak hubungan Boyfriend dan Girlfriend. Tetapi ia
menjadikan hubungan rapat tanpa sekatan antara lelaki dan wanita itu sah
menurut agama.
Nikah Friend ialah satu akad nikah yang berlangsung
antara lelaki dan wanita mengikut syarat dan rukun dengan sempurna yang telah
ditetapkan agama Islam. Tetapi pihak lelaki tidak diberatkan buat satu tempoh
untuk memberikan nafkah fizikal seperti makanan, rumah, dan pakaian. Mereka
boleh berjumpa dan melakukan persetubuhan di mana-mana yang mereka suka, sama ada
di rumah ibu bapa, mertua, hotel, atau di tempat lain.
3.
Definisi pernikahan dan rukun-rukunnya
Sebelum kita menjelaskan hukum nikah “Friend”, hendaklah
kita mengenal dahulu erti akad nikah dan rukun-rukunnya. Apabila rukun-rukun
ini tidak disempurnakan maka pernikahan tersebut tidak sah dan terbatal. Jika
rukun itu sempurna, maka ia sah dan diterima.
Definisi Akad nikah ([1])
Mazhab Hanafiah
|
Ø Satu perjanjian yang mengakibatkan pemilikan seks
secara sengaja.
|
Mazhab Malikiah
|
Ø Satu perjanjian bagi menghalalkan hubungan seks dengan
wanita yang bukan mahram, majusiah atau hamba kitabiah dengan shighoh/ucapan.
|
Mazhab Syafi`iyah
|
Ø Satu akad yang mengandungi keharusan untuk bersetubuh
dengan lafaz nikah (inkah), atau pernikahan(Tazwij), atau terjemah kepadanya.
|
Mazhab Hanbali
|
Ø Satu perjanjian perkahwinan, iaitu perjanjian yang
diiktibar padanya lafaz nikah, atau tazwij, atau terjemahan kepadanya.
|
Rukun nikah ([2])
Mazhab Hanafiah
|
Ø Ijab dan Qabul sahaja (Ucapan serah dan terima)
|
Mazhab Malikiah
|
Ø Wali, Bakal Suami dan Isteri, dan Shighah/Ijab dan
Qabul
|
Mazhab Syafi`iyah
|
Ø Shighah, bakal suami, bakal isteri, dua orang saksi,
dan wali
|
Mazhab Hanbali
|
Ø Bakal suami dan isteri, ijab (ucapan serah), dan qabul
(ucapan terima)
|
Sebahagian Ulama
|
§ Sebahagian ulama lain menambah mas kahwin dan redha
dari bakal isteri.
|
Setelah
kita jelaskan definisi dan rukun nikah, maka kita ketahui bahawa nikah akan
menjadi sah dengan adanya rukun-rukun tersebut.
Peringatan : Tempat
tinggal, makanan, dan pakaian tidak termasuk dalam akad nikah dan definisi
nikah. Ini kerana ia adalah kesan selepas nikah. Ia tidak wajib ada sebelum dan
ketika akad, tetapi ia terjadi selepas akad. Maka, nafkah fizikal itu tidak
mencacatkan akad pernikahan sekalipun ia tidak ada ketika waktu akad berlangsung.
4.
Wanita menarik diri dari mendapatkan haknya
Wanita berhak untuk menarik diri dari mendapatkan
nafkahnya. Sepertimana suami dibenarkan makan dari nilai mas kahwin yang
dihadiahkan oleh isteri.
Begitu
juga keharusannya seperti si isteri menggunakan hartanya untuk membeli barang
keperluan rumah tanpa meminta harta suami, sedangkan barang keperluan rumah
adalah hak isteri yang perlu dipenuhi oleh suami.
Dalilnya,
surah an-Nisa` ayat 4
ﮣ ﮤ ﮥ
ﮦﮧ ﮨ ﮩ ﮪ ﮫ
ﮬ ﮭ ﮮ
ﮯ ﮰ ﮱ ﯓ
Berikanlah
kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian
yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu
sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal)
itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
Tempat tinggal, makanan, dan pakaian merupakan nafkah yang
menjadi hak isteri. Isteri boleh menarik diri dari mendapatkan haknya. Tetapi
ia adalah atas budi bicara isteri selepas akad, bukan sebelumnya. Justeru,
apabila isteri mahukan haknya, maka dia boleh meminta kepada suami tanpa
apa-apa syarat.
5.
Nikah “Friend” lebih menyerupai Nikah Misyar
Nikah Misyar ialah pernikahan yang lengkap dengan syarat
dan rukun nikah. Ia juga membicarakan tentang isteri yang menarik diri dari
mendapatkan nafkah fizikal.
Biasanya
ia berlaku kepada lelaki yang mahu berkahwin lebih dari satu, manakala bakal
isteri keduanya pula adalah seorang wanita kaya yang tidak perlukan harta
suaminya. Atau dia seorang janda yang sudah menopause yang tidak lagi
memerlukan layanan seks.
6.
Adakah Nikah “Friend” dibenarkan oleh Islam?
Isu nikah Friend ini mula disensasikan setelah Syeikh
Abdul Majid az-Zindani ([3])
mengeluarkan kenyataan bahawa nikah Friend dibenarkan dalam islam.
Antara
hujahnya adalah,
- Nikah ini telah sempurna dari sudut rukun dan syarat perjanjian nikah. Nikah ini sah menurut keseluruhan ahli agama.
- Wanita berhak menarik diri dari mendapatkan haknya.
- Pernikahan ini mampu menyelesaikan masalah sosial masyarakat yang semakin membimbangkan.
7.
Aplikasi Nikah Friend dalam masyarakat,
Apa yang membezakan antara nikah ini dan nikah biasa?
Nikah ini meringankan tanggungjawab suami dan menghalalkan hubungan antara
lelaki dan wanita. Jika berlaku persetubuhan dan anak itu lahir, maka nasab
keturunannya sangat jelas.
Majlis
pernikahan yang diadakan juga biarlah sekadar kemampuan sahaja. Cukuplah
menjemput orang-orang terdekat dan memaklumkan pernikahan. Tidak perlu hantaran
yang berlebih-lebihan atau kenduri yang berlebihan kerana inisiatif pernikahan
ini diambil kerana mengelak bebanan harta.
Apabila
harta dilebih-lebihkan atas tujuan pernikahan dan hantaran, maka ia telah
menjadi satu pembaziran kerana lebih baik harta itu digunakan untuk membeli
rumah atau memberi nafkah kepada isteri tanpa perlu nikah Friend.
8.
Adakah Nikah “Friend” sama dengan Nikah Gantung / Nikah
Khitbah?
Saya tidak menemui satu definisi nikah gantung / nikah
khitbah yang disepakati oleh semua orang. Sebahagian mereka menyamakan nikah
khitbah dengan nikah Friend, maka perbahasannya sama seperti nikah friend. Ia
harus sepertimana harusnya nikah Friend.
Sebahagian lagi mendefinisikan ia sebagai nikah yang
sekadar akad sahaja. Manakala suami dan isteri tidak dibenarkan tinggal bersama
dan bersetubuh dalam satu-satu tempoh tertentu. Maka jenis ini tidak menepati
perintah syarak kerana ia telah melanggar maksud perkahwinan dan definasinya.
والله أعلم بالصواب
Rujukan Utama :
- القران الكريم
- Mausu`ah Fiqhiyah, Jilid 41
- http://www.jameataleman.org : زواج الميسر (زواج فريند)
- المستدرك على الصحيحين دار الكتب العلمية - بيروت /
Biodata Penulis :
Ustaz Syihabudin Ahmad ialah seorang graduan lulusan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dan Bahasa Arab (Jabatan Syariah
Islamiah), Universiti al-Azhar, Mesir.
Beliau
pernah aktif sebagai penulis dan pengkaji dalam Markaz Pengumpulan dan Hasil
Penyelidikan (MANHAL) Pertubuhan Melayu Republik Arab Mesir.
Kini
beliau bertugas sebagai Editor Syariah di syarikat Kemilau Publika SDN BHD.
Tugas beliau ialah memastikan kebenaran setiap fakta yang disandarkan kepada
agama.
Ustaz
Syihabudin Ahmad aktif menyampaikan ceramah di surau, masjid, dan tempat-tempat
umum atas jemputan.
Handfon/Whatsupp :
017-3162287
0 Comments
Post a Comment