Soalan : Bilakah waktu sesuai untuk solat sunat 10 Muharram / Asyura?
▶ Jawapan : Tidak ada solat sunat khusus untuk 10 Muharram. Tidak boleh melakukannya.
▶ Fakta :
◆◆ (1)- Aisyah pernah bercerita, bahawa Rasulullah S.A.W. pernah berkata,
"Siapa yang beramal dengan satu amalan, sedangkan amalan itu tidak diperintahkan oleh kami, maka ia tertolak."
[Direkod oleh Al-Bukhari dan Muslim]
◆◆ (2)- Hari ke 10 dalam bulan Muharram digelar Hari Asyura. Sunat berpuasa pada hari tersebut. Sunat juga berpuasa sehari sebelumnya.
Sekalipun jika Hari Asyura jatuh pada hari Jumaat.
◆◆ (3)- Umat Islam sunat membanyakkan puasa pada bulan Muharram. Kerana ia adalah salah satu dari 4 bulan-bulan Islam yang mulia. Namun, tidak boleh berpuasa selama sebulan penuh tanpa henti.
Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA
WallahuAlam
0 Comments
Post a Comment