Soalan : Apa hukum satukan korban dan akikah?
▶ Jawapan : Harus menurut satu pandangan ulama.
Fakta :
◆ Pendapat 1: Harus.
- Ini adalah Mazhab Hanafi, satu pendapat dari Imam Ahmad, juga pendapat Hasan Al-Basri, Muhammad Ibnu Siriin, dan Qatadah (Rahimahumullah).
- Hujah : Maksud dari korban dan akikah adalah sama, iaitu mahu beribadah dengan cara menyembelih. Sepertimana mencukupi bagi orang yang masuk masjid lalu terus solat Fardhu tanpa solat tahiyatul masjid.
◆ Pendapat 2 : Tidak boleh.
- Ini adalah pendapat Mazhab Maliki dan Syafiie, dan satu pendapat dari Imam Ahmad.
- Hujah : Sebab dilakukan kedua ibadah ini berbeza. Korban kerana ada lebihan harta, manakala Akikah kerana kelahiran anak. Sepertimana tidak boleh disatukan denda kerana melakukan Haji Tamattuk dengan denda Fidyah.
◆ Kesimpulan : Ini adalah isu yang memberi kemudahan kepada orang awam. Kerana mereka boleh mengikut mana-mana pendapat yang memudahkan mereka. Lagipula, tiada dalil Al-Quran dan Al-Hadis yang khusus dalam isu ini.
◆ Pendapat saya : Bagi orang yang tidak banyak wang atau kemampuan harta, mereka boleh menyatukan korban dan akikah. Manakala bagi mereka yang lebih mampu, maka eloklah dipisahkan antara korban dan akikah.
Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA
WallahuAlam
0 Comments
Post a Comment