Soalan : Adakah dikira aurat jika sejenis tetapi berlainan agama? Contoh, perempuan Buddha gunting rambut perempuan Islam dalam kedai yang tertutup.

▶ Jawapan : Tidak aurat menurut satu pendapat ulama.

▶ Fakta :

Ulama berbeza pendapat dalam menentukan Aurat wanita Islam apabila bersama orang bukan Islam.

◆ Pendapat Pertama : Tidak Aurat.

- Hujah : Sama jenis. Sepertimana lelaki bukan islam tidak dilarang melihat lelaki Islam, demikian juga wanita.

- Pendapat ini dipegang oleh ulama Mazhab Hanbali dan Sebahagian Mazhab Syafiie.

- Menurut Imam Fakhrurazi, “Inilah pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini, kerana hampir tidak mungkin untuk para Muslimah hari ini berhijab tatkala berhadapan wanita-wanita bukan Islam."

◆ Pendapat Kedua : Aurat.

- Hujah : Surah An-Nur, ayat 31 tidak memberi pengecualian kepada wanita bukan Islam. Demikian juga apa yang dilakukan oleh Saidina Umar R.A. apabila beliau melarang wanita kristien dan Yahudi (Kitabiyat) dari masuk ke tempat mandi bersama wanita Islam.

- Pendapat ini dipegang oleh majoriti ulama dalam Mazhab Hanafi, Maliki, dan pendapat Al-Asah dari Mazhab Syafiie.

◆ Kesimpulan Syeikh Abdul Aziz bin Baz RH :

"Tidak wajib berhijab di hadapan wanita yang bukan Islam. (Hukum) mereka itu sama seperti wanita lain pada pendapat yang lebih tepat berbanding dua pendapat ulama."
Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA

WallahuAlam