Soalan : Apa hukum jual beli air ruqyah yang dibaca dengan surah Yaa Siin, 30 juzuk dan sebagainya.
▶ Jawapan : Harus, tetapi mestilah menggunakan harga yang sama seperti di pasaran.
Sekiranya dijual air mineral ruqyah, maka mesti ikut harga air mineral pasaran.
Fakta :
◆ Prinsip ruqyah ialah hanya Allah sahaja boleh menyembuhkan penyakit dan bukannya disebabkan oleh air, makanan dan bahan-bahan lain.
◆ Ruqyah adalah urusan agama. Jadi ia terhad dengan apa yang telah berlaku pada zaman penurunan wahyu sahaja. Wahyu sudah terhenti.
◆ Ulama bersepakat bahawa harus ambil upah atas ruqyah atau rawatan dengan ayat Al Quran. Berdasarkan hadis sahih yang terdapat dalam rekod al Bukahri dan Muslim.
◆ Ambil upah bermaksud, apabila ada orang sakit misteri, lalu kita datang merawat mereka dengan ayat Al Quran. Kemudian, tuan rumah atau pesakit memberi upah.
◆ Ambil upah dan berurusniaga adalah dua perkara berbeza.
◆ Berurusniaga bermaksud, sama ada sakit atau tidak, ruqyah yang dibaca kepada air botol, kismis, dan minyak-minyak dijual. Tujuannya adalah mengaut keuntungan terhadap ubat yang tidak jelas.
Apatah lagi, sekarang ini bisnesman ini tidak membaca sendiri ayat-ayat ruqyah, mereka buka cd sahaja. Cd yang baca.
Like ▶ www.facebook.com/UstazUSA
WallahuAlam.
0 Comments
Post a Comment