Soalan : Apa hukum mengunakan kasut dari kulit babi yang telah dirawat secara kimia?
▶ Jawapan : Kasut kulit tersebut tetap najis. Hukumnya dikaitkan dengan hukum mengunakan najis.
Fakta :
▶ Ayat 173, surah Al-Baqarah mengharamkan babi secara keseluruhannya. Tidak boleh makan, tidak boleh jual beli dengannya, dan tidak boleh mengunakannya dalam solat.
▶ Majoriti ulama 4 Mazhab kecuali Mazhab Maliki mengatakan bahawa babi itu najis samada hidup atau mati.
▶ Larangan Allah dalam ayat tersebut bersifat Taat dan Patuh (Taabudi). Maka, rawatan kimia tidak boleh menghalalkannya.
▶ Adapun mengunakan najis dalam hal perubatan pula terdedah dalam perbahasan yang panjang.
《Like》 www.facebook.com/UstazUSA
WallahuAlam.
0 Comments
Post a Comment